Salam Ramadhan




Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar kah anda semua? 

harini 20 July kan? maksud dah 11 hari kita menjalani ibadah puasa. cuma baru harini ada kesempata nak update pasal puasa ni.. haa. korang semua ni puasa ke tak? jangan ponteng puasa okay.. malu la sikit kat budak tadika. dorang pon puasa penuh tau...

hmm, memandangkan harini sudah hari yang ke 11 maka nya nak tanyalah kalau2 korang ada yang dah beli baju raya ke kan?. hehehe. exited sangat la katakan. yuhooo.. saya pon macam tu jugak.. da mula berkira2 nak beli berapa pasang untuk raya ni.. think about 3 pair of 'baju kurung'. woww!

kalau kuih raya tu tak payah cerita lah.. xda masa nak buat. duduk kat rumah sewa kan. faham2 jelahh,. kalau kat kampung tu boleh jugak laa habis kan masa mengadap kuih2.. huhu. cuti pon dah tak lama. sangat tak sabar rasanya nak pulang ke kampung. chewaahhh! ohh by the way, tiket i dah beli okay.. takut habis.. hahaha..

okay lah kawan2.. nak layan panggung sabtu dulu kejap ni.. Hum Dil De Chuke Sanam.. jom lah kita layan samaa2. Daaaa :)






Selembut Tutur Bicara


jangan lupa LIKE fan page Fara tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasihat Buat Wanita



EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.