kasih ibu sampai ke syurga



assalamualaikum allzzzz ^_^V
dah petang dah pon kan ? 
selamat minum petang..hihi~

*sebenarnya fara rindu ibu fara

nampak tak tulisan kecik kat atas tu ? hehe~ tu antara sebab kenapa fara tulis entry ni..aduyai..susah betol kalau berjauhan dengan ibu ni, asyik rindu je..sampai demam-2..ramai orang kata "tanpa DIA aku tak boleh hidup" ada jugak yang cakap "tanpa DIA siapa lah aku"..tapi fara teringin jugak nak tahu, DIA tu sape , tak gitu tuan-2 dan puan-2 ?

hah! kan topik ni dah jadi hangit~kalau puan-2 dan tuan-2 nak tahu , kebanyakan status yang dikeluarkan dalam FB (facebook) ditujukan khas buat kekasih hati , buah hati , intan payung , kanopi and so on ^_^V hellow kawan-2 sekalian alam , can i ask you all something ? BF/GF korang ek yang lahirkan korang ? errrrr~ 

guys...you all dengar sini , tak payah lah you all nak bangga bila ada couple , you know why ? cause , once you dah ada couple , you akan lupa diri...fara tak la cakap 100% you all macam tu , tapi mostly macam tu lah..kesian kan kat mak bapak, kalau jadi apa-2 diorang jugak yang kena tanggung..tapi si anak ni asyik utamakan BF/GF dia je..hish! selfish betol..

alamak ai, apasal plak fara emo sangat neh ?? errr~ whatever..fara memang sangat tak suka orang-2 yang macam ni tau..ingat lah kawan-2, kasih emak dibawa mati , kasih ibu sampai ke syurga..(ntah betol ke tak ayat tu *tak yakin )..heeee~

lalala~so please tolong hargai parents korang..even dorang jahat , dorang still parent korang, tapi ingat ..jangan sebab terlalu sayang kat parents sampai sanggup ikot apa yang dorang nak termasuk menghalalkan apa yang haram dalam islam , yang macam tu pon ada tau..masya-Allah , kalau dah sampai tahap macam tu memang bahaya..pintu murtad dah terbuka luas kat depan korang...so, jaga-2..

remaja-2 sekarang ni dah banyak yang tak betol..fara akui benda tu..kadang-2 benda tu berlaku depan mata, tapi semua orang buat tak endah je...akhir zaman agaknya..pipi BF/GF nak *kiss , pipi ibu ayah tak nak *kiss..low class ? euuwwww~ fikiran yang macam tu sebenarnya low class! hate that~

to all remaja-2 kat luar sana , dont be like this la..jangan la akhiri zaman kita yang memang dah akhir ni dengan benda-2 macam ni,.sekarang dah sangat susah nak jumpa anak yang tak kurang ajar..anak yang baik apatah lagi,...jom kita sama-2 muhasabah diri dan balik ke pangkal jalan...without parent who i am..

wow~fara dah ceramah panjang kat korang ni, mesti ada yang cakap *macam la fara tu baik sangat *fara tak pernah lawan cakap mak ke? *lalalala~ ikot suka korang la nak cakap apa..fara cuma nak kongsi je..sebelum terlambat..kan-3 ? ajal maut ditangan Allah..take your time and think about it ^_^V 


Selembut Tutur Bicara


jangan lupa LIKE fan page Fara tau

one litter of tears



assalamualaikum..
selamat berhujung minggu..
plan korang mesti bagus-2 punya kan ?
malangnya fara kebosanan dirumah..
tapi tak pe , one litter of tears kan ada..

korang mesti tertanya-2 apa ke bendenya one litter of tears tu kan ? tu cerita jepun..ada 11 episod dan 1 episod special..best sangat-2 tau cerita ni..kalau korang tengok kompem lah korang bole cakap jepun lepas tu . hari tu masa fara ngan kawan-2 nak turun makan terserempak la ngan orang jepun..kawan-2 fara semua nak tunjuk hebat bole cakap jepun..hehe..korang pon kena try..

skarang ni fara nak cerita la sikit sinopsis one litter of tears ni..cerita ni mengisahkan tentang sorang budak perempuan yang baru berumur 15 tahun..dia disahkan mengidap penyakit spinocerebellar atrophy..masa mula-2 dia dapat tahu dia sakit , memang sangat sedih..

pastu plak si adik nye malu ngan kakak dia ni , sebab ramai orang cakap akak dia ni jalan macam pingu,,tapi pingu-2 pon comel kan ? macam-2 lah kisah pasal minah ni, tapi nak kasi tau kat sini , dia memang seorang yang sangat tabah..salot sama dia..

kawan-2 dia plak makin lama makin jauhkan diri dari dia..masya-Allah..sedih sedih sedih..pokoknya , kalau korang nak tengok pergi lah kat youtube then type one litter of tears..kalau nak tau pasal penyakit tu plak search la kat google..

kisah ni kisah benar yang dilakonkan semula, si pesakit yang sebenar dah lama meninggal dunia..fara rasa mungkin ramai yang dah tahu pasal cerita ni , fara saje je nak promot supaya korang tak boring-2 lagi hujung minggu ni :)

ni fara selitkan 4 keping gambar pelakon dalam cerita tu .. kalau korang suka sila like entry fara yang ni ok ?


jangan lupa tonton tau ^_^V





Selembut Tutur Bicara


jangan lupa LIKE fan page Fara tau

Ringgit Malaysia edisi baru 2012



assalamualaikum alls..
apa citer korang semua ? dah bersedia ke belom nak masuk tahun baru ni ?
zaman sekarang dah makin mencabar,
korang dah pasang azam ke belum ?

..ha kawan-2 , merujuk pada tajuk kat atas tu , fara rasa tak sabar sangat-2 tau nak tunggu duit tu keluar..kata nya duit baru tu ada sistem keselamatan yang canggih , maknanya tak kan ada lagi sindiket memalsukan wang ringgit..best kan ? baru lah amat Malaysia ni.

lagi ? selain daripada sistem keselamatan , dompet korang akan tampak lebih cantik dan eligen dengan pelbagai jenis warna dari duit yang korang ada..wah wah wah, macam syok je bunyi nye kan ? kalau dah cantik mesti sayang nak guna kan? kalau sayang nak guna mesti korang bejimat kan ? then lahirlah lebih ramai rakyat yang bakhil...haha.tak de lah..fara gurau je..

sebelum fara sambung lagi hujah yang melalaut fara ni , fara tunjukkan dulu gambar wang ringgit yang coulorful tu key ? 
klik gambar untuk lebih jelas

..korang-2 apa macam ? cantik kan ? kalau cantik , suka , sila like entry fara yang ni ok ? haha..tak de kena mengena pon sebenarnya ..k lah , duit dah ada rupa baru , kita-2 ni bila lagi kan..walaupun kita rasa kita ni da bagus sangat.da perfect tapi sebenarnya kita masih ada kekurangan..memanglah , manusia tak ada yang sempurna , tapi kalau kita muhasabah diri , tak salah kalau kita perbetulkan kekurangan kita tu ^_^V  jangan jadi orang yang sentiasa ditakuk lama...dunia maju , kita pun kena maju ..

..SELAMAT MUHASABAH DIRI MENJELANG TAHUN BARU 2012..



Selembut Tutur Bicara


jangan lupa LIKE fan page Fara tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasihat Buat Wanita



EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.