Ringgit Malaysia edisi baru 2012



assalamualaikum alls..
apa citer korang semua ? dah bersedia ke belom nak masuk tahun baru ni ?
zaman sekarang dah makin mencabar,
korang dah pasang azam ke belum ?

..ha kawan-2 , merujuk pada tajuk kat atas tu , fara rasa tak sabar sangat-2 tau nak tunggu duit tu keluar..kata nya duit baru tu ada sistem keselamatan yang canggih , maknanya tak kan ada lagi sindiket memalsukan wang ringgit..best kan ? baru lah amat Malaysia ni.

lagi ? selain daripada sistem keselamatan , dompet korang akan tampak lebih cantik dan eligen dengan pelbagai jenis warna dari duit yang korang ada..wah wah wah, macam syok je bunyi nye kan ? kalau dah cantik mesti sayang nak guna kan? kalau sayang nak guna mesti korang bejimat kan ? then lahirlah lebih ramai rakyat yang bakhil...haha.tak de lah..fara gurau je..

sebelum fara sambung lagi hujah yang melalaut fara ni , fara tunjukkan dulu gambar wang ringgit yang coulorful tu key ? 
klik gambar untuk lebih jelas

..korang-2 apa macam ? cantik kan ? kalau cantik , suka , sila like entry fara yang ni ok ? haha..tak de kena mengena pon sebenarnya ..k lah , duit dah ada rupa baru , kita-2 ni bila lagi kan..walaupun kita rasa kita ni da bagus sangat.da perfect tapi sebenarnya kita masih ada kekurangan..memanglah , manusia tak ada yang sempurna , tapi kalau kita muhasabah diri , tak salah kalau kita perbetulkan kekurangan kita tu ^_^V  jangan jadi orang yang sentiasa ditakuk lama...dunia maju , kita pun kena maju ..

..SELAMAT MUHASABAH DIRI MENJELANG TAHUN BARU 2012..



Selembut Tutur Bicara


jangan lupa LIKE fan page Fara tau

0 00 tulisan hikmat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasihat Buat Wanita



EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.