kasih ibu sampai ke syurga



assalamualaikum allzzzz ^_^V
dah petang dah pon kan ? 
selamat minum petang..hihi~

*sebenarnya fara rindu ibu fara

nampak tak tulisan kecik kat atas tu ? hehe~ tu antara sebab kenapa fara tulis entry ni..aduyai..susah betol kalau berjauhan dengan ibu ni, asyik rindu je..sampai demam-2..ramai orang kata "tanpa DIA aku tak boleh hidup" ada jugak yang cakap "tanpa DIA siapa lah aku"..tapi fara teringin jugak nak tahu, DIA tu sape , tak gitu tuan-2 dan puan-2 ?

hah! kan topik ni dah jadi hangit~kalau puan-2 dan tuan-2 nak tahu , kebanyakan status yang dikeluarkan dalam FB (facebook) ditujukan khas buat kekasih hati , buah hati , intan payung , kanopi and so on ^_^V hellow kawan-2 sekalian alam , can i ask you all something ? BF/GF korang ek yang lahirkan korang ? errrrr~ 

guys...you all dengar sini , tak payah lah you all nak bangga bila ada couple , you know why ? cause , once you dah ada couple , you akan lupa diri...fara tak la cakap 100% you all macam tu , tapi mostly macam tu lah..kesian kan kat mak bapak, kalau jadi apa-2 diorang jugak yang kena tanggung..tapi si anak ni asyik utamakan BF/GF dia je..hish! selfish betol..

alamak ai, apasal plak fara emo sangat neh ?? errr~ whatever..fara memang sangat tak suka orang-2 yang macam ni tau..ingat lah kawan-2, kasih emak dibawa mati , kasih ibu sampai ke syurga..(ntah betol ke tak ayat tu *tak yakin )..heeee~

lalala~so please tolong hargai parents korang..even dorang jahat , dorang still parent korang, tapi ingat ..jangan sebab terlalu sayang kat parents sampai sanggup ikot apa yang dorang nak termasuk menghalalkan apa yang haram dalam islam , yang macam tu pon ada tau..masya-Allah , kalau dah sampai tahap macam tu memang bahaya..pintu murtad dah terbuka luas kat depan korang...so, jaga-2..

remaja-2 sekarang ni dah banyak yang tak betol..fara akui benda tu..kadang-2 benda tu berlaku depan mata, tapi semua orang buat tak endah je...akhir zaman agaknya..pipi BF/GF nak *kiss , pipi ibu ayah tak nak *kiss..low class ? euuwwww~ fikiran yang macam tu sebenarnya low class! hate that~

to all remaja-2 kat luar sana , dont be like this la..jangan la akhiri zaman kita yang memang dah akhir ni dengan benda-2 macam ni,.sekarang dah sangat susah nak jumpa anak yang tak kurang ajar..anak yang baik apatah lagi,...jom kita sama-2 muhasabah diri dan balik ke pangkal jalan...without parent who i am..

wow~fara dah ceramah panjang kat korang ni, mesti ada yang cakap *macam la fara tu baik sangat *fara tak pernah lawan cakap mak ke? *lalalala~ ikot suka korang la nak cakap apa..fara cuma nak kongsi je..sebelum terlambat..kan-3 ? ajal maut ditangan Allah..take your time and think about it ^_^V 


Selembut Tutur Bicara


jangan lupa LIKE fan page Fara tau

0 00 tulisan hikmat:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasihat Buat Wanita



EMPAT KUNCI KEBAHAGIAAN

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:":Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!" Riwayat Ibnu Hibban

Huraian :
i) Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:

a) Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.

b) Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.

c) Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.

d) Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.

ii) Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.

iii) Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.